Friday, November 7, 2014

BANJIR DI CAMERON HIGHLAND




Pada hari ini kita dikejutkan LAGI dengan berita banjir di Cameron Highlands. Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat itu, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.

Morni berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.

"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Tiga mangsa disahkan mati dalam insiden banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di Lembah Bertam.

Empat mangsa pula cedera akibat insiden tersebut.

Namun demikian, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan laporan terbaru yang diterima oleh pihak bomba.

Awal pagi tadi, mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia ditemui sekitar pukul 9 pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.

Mangsa ketiga seorang kanak-kanak India berumur 13 tahun masih belum ditemui.

Usaha untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus sedang dilakukan pihak bomba dan penyelamat yang dikenali sebagai STORM bermula jam 7 pagi dengan kekuatan bantuan seramai 20 orang.


Perkara itu disahkan Ketua Operasi Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir.


Terdahulu, seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang Rabu.

Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat ketika dihubungi oleh Astro AWANI, turut cedera beberapa orang  penduduk.

Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.


Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.


Kerakusan penerokaan hutan untuk pertanian dan penempatan penduduk menjadi faktor kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.






No comments:

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...