AZAD DAN EIRA
Cabaran hidup sebagai artis dan ahli perniagaan memang akan
mengundang pelbagai andaian dan persepsi. Namun semua ini harus ditempuhi dengan tenang. Begitu juga yang dialami oleh
pasangan pelakon suami isteri, Azad Jazmin, 38, dan Eira Syazira Shuhaimi, 30.
Selepas
berjinak-jinak dengan bisnes berkonsepkan pemasaran rangkaian, sekitar
pertengahan tahun 2014, bisnes yang mereka usahakan mula membuahkan hasil
lumayan dan menunjukkan perkembangan yang positif.
Azad dan Eira juga telah melancarkan album duet sulung mereka di
Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Azad
menyatakan dia dan isteri selesa menjalankan perniagaan. Setakat ini, lebih
banyak rezeki datang daripada cabang perniagaan yang dijalankan. Secara tidak
langsung, menjadikanya lebih bersemangat dan fokus terhadap bidang ini
berbanding dunia lakonan.
Azad
dan Eira kini dilantik sebagai duta jenama Kopi Mamu Galak dan Jus Mami Donna Rapat.
Bukan mahu melupakan terus dunia lakonan, tetapi mereka sedikit selektif
terhadap skrip yang ditawarkan.
Selain album duet bersama Eira, dalam masa terdekat ini juga Azad
bakal ke Itali untuk penggambaran filem Poscard From Italy tidak lama lagi
bersama Keith Foo dan Lara Dutta.
Bercerita
mengenai album duet yang baru dilancarkan, dramatis yang popular dengan watak
air mata, Eira Syazira berkata, idea terlahirnya buah tangan sulung bersama
Azad itu tercetus secara tidak sengaja.
Menurut
Eira Selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, kami merakamkan lagu
Sajak Dari Hati ciptaan Adi Priyo Sambodo. Lagu itu asalnya dihasilkan sebagai
hadiah sentimental untuk meraikan status mereka sebagai suami dan isteri.
Namun, belum sempat menjalankan sebarang promosi, Eira hamil anak sulung,
Amarra Sofea Rose yang kini sudah berusia satu tahun. Akibat kekangan masa,
projek tersebut ditangguhkan.
Setelah merakamkan beberapa single, Adi memberi cadangan supaya
mengumpulkan lagu-lagu tersebut ke dalam sebuah album untuk diterbitkan. Pada
awalnya, album ini hanya memfokuskan kepada lagu solo nyanyian saya sahaja.
Tetapi, setelah Adi menilai keserasian vocal mereka berdua, Adi mencadangkan
agar Azad turut terlibat sama dalam pembikinan album yang mengandungi lima buah
lagu ini.
Ini merupakan percubaan pertama Azad, tetapi tidak buat Eira.
Sebelum ini, Eira pernah dilamar untuk merakamkan album oleh syarikat rakaman
FGM dua tahun lalu, namun, album tersebut terkubur tanpa khabar berita.
Inilah yang dikatakan rezeki selepas kahwin. Rezeki datang mencurah-curah.
Semoga jodoh kekal berpanjangan untuk mereka.
No comments:
Post a Comment