Bersama-sama ini disertakan resepi sizling mee yang sedap. Selamat berkongsi...
Resepi Sizzling Mee (
anggaran untuk 5 orang)
9 ulas bawang putih ( ketuk
atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris
nipis)
5-6 tangkai Cili kering (
potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka
pun boleh)
3-4 sudu besar tepung
jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
mee
Cara:
tumis bawang putih, halia
dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian
sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan
seketika hingga ayam masak..
masukkan semua perasa
(kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan
cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung
jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah
boleh la mulakan proses membuat mee atas hot plate tu...
update:
mula mula masukkan mee atas
hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di
atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah
beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot
plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
Cara penyediaan mee nya:
rendam seketika dengan air
masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk
mengelakkan mee terlalu lembut,
anda akan dapati mee masih
lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu
akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan
masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
Selamat mencuba…
No comments:
Post a Comment