Selamat malam semua, semoga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. Disini saya ingin kongsikan maklumat berkenaan bahayanya toksin di dalam badan kita. Kebanyakan
rakyat di negara ini sejak dahulu lagi, lebih memberikan penekanan kepada
kecantikan dan kesihatan luaran berbanding dalaman.
Sebenarnya
tanpa kita sedari, untuk kelihatan cantik dan sihat, ia perlu bermula daripada
dalam yang seterusnya akan membentuk kecantikan luaran.
Pakar
konsultan produk kecantikan dan kesihatan RF3 World, Dr. Zannat Begam Sawal
Hamid, 33, berkata, tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup
mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli set penjagaan kulit, namun tidak
ramai yang terfikir untuk membuang toksin dalam badan.
Jelasnya,
toksin merupakan bakteria yang terkumpul di dalam organ badan manusia seperti
otak, jantung, hati, pituitari, pankreas dan organ pembiakan.
“Kesan
pengumpulan toksin ini tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek kerana ia
memerlukan masa untuk membiak dan bertukar menjadi penyakit. Justeru,
kebanyakan masyarakat jarang memandang serius hal ini.
“Walhal
pencegahan daripada peringkat awal perlu dilakukan sebelum toksin bertukar
menjadi bakteria jahat lalu menyerang bakteria-bakteria baik sehingga
membuatkan sistem imun badan menjadi lemah,” katanya yang pernah bertugas di
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan selama
tiga tahun.
Tambahnya,
toksin lazimnya terkumpul di dalam badan seseorang disebabkan beberapa faktor
seperti sisa makanan tidak dicerna sepenuhnya, merokok, terdedah kepada pencemaran
udara dan mengamalkan cara pemakanan tidak sihat.
“Cara
pemakanan yang tidak sihat di sini merujuk kepada mereka yang gemarkan makanan
segera, kerap makan makanan yang dipanaskan melalui ketuhar dan jarang menjamah
buah-buahan serta ulam-ulaman.
Kosmetik
“Selain
itu, bagi mereka yang kurang melakukan senaman dan sering menggunakan alat
kosmetik yang mengandungi bahan plumbum dan logam turut menyumbang kepada
pengumpulan toksin ini,” ujarnya yang merupakan pemegang Ijazah Perubatan dan
Pembedahan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Katanya,
penggunaan alat kosmetik sering diambil remeh oleh wanita.
SELULIT di bahagian paha merupakan contoh simptom
badan mempunyai toksin.
Mereka
jarang meneliti kandungan di dalam alat solek yang digunakan.
“Sebenarnya,
alat solek atau set penjagaan badan yang memberi kesan perubahan terlalu cepat
adalah tidak elok digunakan kerana ia mempunyai kandungan bahan yang amat kuat
sehingga mampu melunturkan warna kulit dengan pantas.
“Oleh
itu, saya menyarankan agar masyarakat menggunakan produk-produk semula jadi
atau mengenal pasti dengan membawa alat penjagaan yang digunakan kepada pihak
kementerian untuk mengetahui sejauh mana kesan penggunaan bahan tersebut kepada
tubuh,” jelasnya yang pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital
Selayang, Selangor.
Sementara
itu, apabila ditanya apakah penyakit yang boleh dialami oleh seseorang yang
mempunyai toksin dalam badan, Zannat memberitahu, kanser dan masalah hormon
seperti migrain, sakit sendi, kencing manis, ketidaksuburan, obesiti dan tiroid
adalah penyakit yang popular dialami oleh masyarakat.
Menurutnya,
antara simptom awal seseorang itu mempunyai toksin berlebihan dalam badan bila
mereka berasa mengantuk berpanjangan, sistem imuniti rendah, kulit berjerawat
dan bahagian keliling mata gelap.
Selain
itu, badan terasa banyak angin, alahan, berat badan meningkat, kehadiran selulit,
hormon tidak stabil dan kulit tidak sekata antara simpton yang turut dikenal
pasti disebabkan toksin berlebihan.
Timun, Jagung, Brokoli dan Jus Delima bagus
untuk membuang toksin
Bagi
mengatasi masalah ini, Zannat memberitahu, mereka yang dapat mengesan masalah
tersebut daripada awal perlu memperbanyakkan makan makanan beralkali seperti
timun, jagung, brokoli dan jus delima.
“Perkara
paling mudah bukan sahaja perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai toksin
tetapi oleh semua golongan masyarakat adalah minum air mineral dengan banyak
kerana ia dapat meneutralkan badan yang berasid.
“Jika
keadaan masih tidak reda dan penyakit terus berulang, anda dinasihatkan agar
pergi mendapatkan rawatan doktor dengan segera,” ujarnya lagi.
Jelasnya,
jika ia tidak dirawat, dikhuatiri penyakit akan menjadi bertambah buruk
sehingga boleh mewujudkan profil asid deoksiribonukleik baharu yang akan
memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan.
No comments:
Post a Comment