Friday, March 6, 2015

BERITA BAIK UNTUK PENERIMA BRIM



Huhuhu Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, dapat berita baik hari ini.. Kepada semua penerima BRIM yang masih belum menerima bayaran boleh tuntut tunai di cawangan BSN. 

Dibawah ini adalah berita gembira yang saya perolehi itu.. Syukur alhamdulillah.. Allah Maha Mengasihani. Semoga mudah dan berjalan lancar prosesnya nanti sepertimana penerima-penerima lain yang dah dapat duitnya tu...

Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata terdapat beberapa kesilapan ketika mengisi borang permohonan seperti nombor akaun bank yang tidak tepat, yang menyebabkan proses pengkreditan secara terus ke akaun bank penerima mengalami kesulitan.

"Kerajaan telah mengedarkan surat kepada penerima BR1M terbabit bagi memaklumkan mereka perihal masalah tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia di sini hari ini.

Surat itu turut menyertakan kaedah alternatif bagi menuntut BR1M iaitu melalui pembayaran secara tunai di cawangan BSN dan juga terdapat sebuah keratan di bawah surat bagi kegunaan pihak BSN.

Namun demikian, Chua berkata terdapat kekeliruan kerana setakat ini kerajaan telah menerima lebih daripada 100 kiriman keratan surat tersebut yang sepatutnya tidak perlu dihantar kepada kerajaan.

"Kerajaan sedang mengumpulkan maklumat yang berkaitan dan kami akan menghubungi penerima yang terlibat ini bagi merungkaikan kekeliruan tuntutan.

"Satu senarai yang meliputi butir-butir diri mereka akan turut diedarkan kepada pihak BSN agar penerima ini boleh menunaikan BR1M dengan hanya membawa kad pengenalan ke mana-mana cawangan bank tersebut," kata Chua.

Beliau turut menggesa agar penerima BR1M yang telah silap menyatakan nombor akaun bank agar melakukan pembetulan dalam tempoh rayuan yang ditetapkan sehingga 31 Mac 2015.

Katanya pembetulan tersebut adalah penting bagi memudahkan tuntutan berikutnya kerana pembayaran BR1M dilakukan secara tiga peringkat.

Selain itu, beliau turut menyatakan rakyat Malaysia yang layak untuk menerima BR1M tetapi masih belum memohon, boleh berbuat demikian dalam tempoh rayuan tersebut. 


Sumber : Bernama

No comments:

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..

SURAH AL - KAHFI Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Ka...