Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar sempurna dimahkotakan dengan istiadat meletakkan
mahkota oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, pagi tadi.
Istiadat yang sama turut dilakukan ke atas Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah diperkenan membawa gelaran sebagai Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan dalam negeri ini.
Sejurus selepas itu, bedilan selamat sebanyak 21 das dilepaskan disusuli doa dan majlis mengadap Takzim.
Baginda kemudian berangkat ke Anjung Istana untuk menerima tabik udara dari tujuh helikopter yang satu daripadanya membawa bendera Johor.
Pasangan Diraja menaiki kenderaan terbuka kira-kira jam 10 pagi untuk memulakan perarakan di bandar sejauh 8 kilometer dan berakhir di Istana Bukit Serene.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat dari Istana Bukit Serene kira-kira jam 9.22 pagi tadi untuk ke Istana Besar, di sini bagi menyempurnakan Istiadat Kemahkotaan.
Sejurus tiba di Istana Besar jam 9.355 lagu bangsa Johor menyambut keberangkatan Tuanku sebelum berkenan memeriksa barisan kemahkotaan askar Timbalan Setia Negeri.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim yang diadakan ini adalah yang keempat dilakukan oleh Sultan Johor dalam era moden.
Upacara pemahkotaan yang pertama ialah Sultan Abu Bakar pada 29 Julai, 1886, diikuti oleh penggantinya, Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 2 November, 1895, dan kemudiannya Sultan Ismail pada 10 Februari 1960.
Turut berkenan hadir, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah selain Raja-Raja Melayu bersama kerabat damping serta pembesar negeri.

Sumber : Astro awani
No comments:
Post a Comment