Jom Klik Iklan

Friday, March 27, 2015

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN


Salam jumaat semua… Mari kita berkongsi ilmu tentang Kemahiran Keibubapaan. Betapa sukarnya untuk menggalas tangungjawab sebagai ibubapa sebenarnya.  Al-Quran dan Hadis telah memberi garis panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai kemahiran tertentu.

Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan oleh Islam ialah:

1.    Ibubapa hendaklah berlaku adil, menjaga kebajikan dan suka memaafkan ahli keluarganya. (Surah Al-Nahl:90)

2.    Bersikap lemah lembut dan memberi pertolongan dan bimbingan. Kalau kekerasan digunakan, maka orang akan menjauhkan diri daripada kita. (Surah Ali’-imran:159)

3.    Ibubapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula jangan menjadi sengsara kerana perbuatan ibu bapanya. (Surah Al-Baqarah:233)

4.    Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya. (Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

5.    Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang. Disiplin adalah merujuk kepada kaedah untuk melatih dan mempastikan anak mematuhi peraturan tertentu. Disiplin bukanlah bermakna menggunakan kekerasan. Satu kesilapan besar ibu bapa yang mendisiplinkan anak dengan memaki hamun, cacian, kutukan dan kekerasan kerana perbuatan itu dianggap mendera anak secara mental, fizikal dan akan merendahkan harga diri anak. Cara paling baik mendisiplinkan anak ialah dengan kasih sayang. Ibu bapa perlu secara tegas memberitahu anak bahawa ibu bapa lebih merasa senang hati, gembira, ceria dan sukacita jika anak melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan, dan pada masa yang sama ganjaran atau pujian perlu diberi bila anak membuat kebaikan sebagai usaha memperkukuhkan tingkah laku positif.



2 comments:

Unknown said...

wisau pula saya nak jadi ibu suatu hari nanti, bila melihat cara didikan sambil lewa ibu bapa sekarang...hurmm

Ana_Impian said...

huhu...jgn risau tau..lalui je dgn tenang...