Jom Klik Iklan

Thursday, March 26, 2015

KESEDARAN DIRI POSITIF


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Pagini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Kesedaran Diri Positif. Anak kunci kejayaan kepada kesedaran diri positif ialah, kesanggupan untuk belajar bagaimana cara bertenang dan bagaimana untuk terus bertahan dengan seribu kesulitan dan masalah hidup seharian yang kita tempuhi. Kita rela dengan semua itu serta menganggapnya sebagai lumrah.

Kita tidak perlu mengambil pil peransang, dadah ataupun cuba untuk mencari jalan keluar yang termudah bagi meredakan segala tekanan emosi serta melenyapkan perasaan hampa dan gagal. Tindakan ini tidak natural dan sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mental dan fizikal kita.

Janganlah kita bertindak terlalu emosional terhadap sesuatu yang belum terjadi, terlalu takut kesan yang masih beum terjadi, walaupun ia boleh terjadi. Janganlah kita melayan rasa marah yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migrain, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Sebaliknya, kita perkembangkan kekuatan kita, keimanan kita dan kekebalan emosi kita untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dan segala yang berkaitan dengannya. Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi diri kita.

Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

Kesedaran diri positif akan meransang diri kita untuk melakukan perbuatan yang positif. Kita perlu ingat, tidak ada sesiapapun didunia ini akan terlepas dari ujian dan di timpa masalah. Kerana memang itu janji Tuhan.. Lalui sahaja hari-hari kita dengan tenang dan bersangka baik dengan Tuhan dan orang disekeliling kita.. Kerana rezeki kita Allah yang tentukan… Walau bertungkus lumus mencari rezeki jika memang sikit rezekinya terima sahajala..memang mungkin itu sahaja rezeki yang ditentukan.

Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita..

No comments: