Alhamdullillah..
Wanita yang menjadi idola ramai telah berhijab.. Semoga terus istiqomah dan berjaya di dunia akhirat.
Beliau yang sering tampil dengan
imej seksi di majlis-majlis hiburan sebelum ini, Rozita Che Wan, 42,
sememangnya selebriti yang mementingkan gaya.
Pernah mendapat kritikan
hebat daripada masyarakat mengenai penampilannya yang dilihat agak tidak
bersesuaian dengan usia, kini aktres cantik ini membuktikan bahawa niatnya
untuk berhijrah bukanlah sekadar omongan kosong.
Membuat keputusan untuk tampil berhijab sekembalinya dari mengerjakan ibadah Umrah di Makkah, akui Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta ini, sudah tiba masanya untuk dia melakukan penghijrahan itu.
“Saya amat bersyukur dengan hijrah ini. Apa lagi yang saya mahukan dalam kehidupan saya. Dikurniakan anak-anak yang baik, yang comel, suami yang sempurna dan rezeki yang murah. Jadi, inilah masanya saya perlu mensyukuri nikmat dariNya dengan menjadi Muslimah dan beristiqamah. InsyaALLAH,” katanya ketika dihubungi Zass menerusi aplikasi WhatsApps.
Jelas isteri kepada Zain Saidin ini, hasrat untuk berhijab sudah lama difikirkan, namun ketika itu hatinya masih belum terbuka sepenuhnya.

“Saya berasa sungguh
tenang dan seronok dengan perubahan ini. Saya tahu, keputusan untuk berhijab
tidak boleh buat main-main. Sebagai selebriti, banyak perkara yang perlu saya ambil kira untuk membuat
keputusan sebesar ini. Saya mula mengenakan tudung pada sambutan hari lahir
Zain ke 31. Selepas itu kami
menunaikan umrah. Jadi, secara tidak langsung saya selesa dengan imej ini dan
yakin untuk bertudung,” katanya lagi.
Lebih selektif
Walaupun Che Ta tidak terlepas daripada kontroversi hebat sebelum ini, namun aktres cantik ini berjaya mengekalkan popularitinya.
Meski ada di kalangan selebriti yang memikirkan peluang pekerjaan dalam industri seni hiburan semakin terhad sekiranya berhijab, namun Che Ta menyerahkan segalanya sebagai rezeki.
Kata Che Ta, keputusan
berhijab itu tidak menghalang dirinya untuk terus aktif dalam kerjaya, namun
segalanya bergantung kepada keadaan.
“Saya tak tahu lagi adakah akan terus berada dalam industri hiburan atau tidak. Namun, segalanya bergantung kepada keadaan. Apa yang pasti, sekiranya saya terus berada dalam bidang ini, saya akan lebih selektif dalam pemilihan karakter lakonan, bersesuaian dengan imej saya,” kata pelakon Kiah Pekasam ini.
Bertanya mengenai reaksi Zain setelah dirinya berhijab, Che Ta akui suaminya itu gembira dengan keputusannya.
“Sebenarnya, memang Zain yang doa agar saya bertudung. Alhamdulillah, doanya dimakbulkan,” kata ibu kepada Ammar Effendy, 19, Aniq Ezra, 17, dan Aaisyah Dhia Rana, empat bulan ini.

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment