Monday, March 2, 2015

USTAZ BELASAH MURID DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI


Pada 1 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Alor Star telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang guru sebuah sekolah agama selepas didapati bersalah membunuh murid berusia tujuh tahun, di Arau, Perlis, empat tahun lalu.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Hanif Mohd. Ali, 31, pada akhir pembela­an kes.
Mengikut kertas pertuduhan, Hanif didakwa membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di antara pukul 6 petang dan 12 malam di bilik warden asrama putera di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011.
Pendakwaan dikendalikan Tim­­balan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Shakir Khairi.
Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, keterangan pihak pembelaan yang memberitahu bahawa Hanif tidak mempunyai niat untuk membunuh hanya bersifat penafian semata-mata.
Beliau berkata, terdapat kesan cekikan dan tekanan pada leher mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mati, sekaligus membuktikan bahawa tindakan dibuat tertuduh dengan niat untuk mencederakan murid berkenaan.
“Pada hari kejadian, tertuduh memanggil si mati masuk ke dalam bilik dan ketika itu si mati berada dalam keadaan sihat dan hanya mereka berdua dalam bilik, sebelum mangsa mendapat penyakit sawan lalu meninggal dunia di hospital.
“Terdapat kesan tekanan pada leher sehingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak yang menjadi punca kematian mangsa dan keterangan pembelaan tidak dapat menimbulkan sebarang keraguan munasabah kerana perbuatan dilakukan tertuduh adalah dengan niat untuk mencederakan si mati,” katanya.
Hanif dituduh melakukan kesalahan mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
Sementara itu, Mohd. Shakir dalam rayuannya berkata, tertuduh masih bujang namun mempunyai ibu berusia 60 tahun dan bapa berusia 70 tahun yang berada dalam keadaan tidak sihat.
Selain itu, Mohd. Shakir berkata, tertuduh ialah anak kedua daripada empat beradik dan sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta pembelajaran dan pengajaran al-Quran.

Sumber : Utusan Malaysia


Pengajaran : Kita semua kena mengambil iktibar. Kawal kemarahan kita... Marah ialah bara (api), dan padamkan dia dengan  (air) wudhu'

No comments:

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...